TAHNIAH PSIS ATAS PENYERTAAN TERTINGGI PERTANDINGAN POLYCC LARGE LANGUAGE MODELS (LLM) LEAGUE
- Details
- Hits: 100

𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐂𝐂 𝐋𝐀𝐑𝐆𝐄 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐔𝐀𝐆𝐄 𝐌𝐎𝐃𝐄𝐋𝐒(𝐋𝐋𝐌) 𝐋𝐄𝐀𝐆𝐔𝐄
SHAH ALAM, 17 OGOS 2025 - Setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan tahniah seluruh warga Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) atas kejayaan mencapai penyertaan tertinggi dalam Pertandingan PolyCC Large Language Models (LLM) League sempena Majlis Pertandingan Inovasi Pembelajaran Digital CIDOS Inspiring Learning Award (eDOLA) Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia kali ke-13 anjuran Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital (BIPD), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang bertempat di Shah Alam Covention Centre (SACC).
Objektif utama penganjuran pameran ini adalah untuk merealisasikan agenda pembelajaran digital yang memberi penekanan kepada aspek Artificial Intelligence dan teknologi pengkomputeran awan.
Lebih membanggakan lagi, PSIS turut menerima insentif tunai sebanyak RM5,000 sebagai pengiktirafan atas usaha dan penyertaan aktif dalam pertandingan ini. Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Kanan (Akademik) JPPKK, Dr. Haji Mohd Daud Isa. Hadir sama, Pengarah BIPD JPPKK, YBrs. Encik Zaidi Bin Othman dan Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid.
Semoga PSIS terus cemerlang !!
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

