PSIS RANGKUL GRAND WINNER DAN 2ND RUNNER UP DALAM GANESHA INTERNATIONAL BUSINESS PLAN COMPETITION
- Details
- Hits: 140

Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah mencipta satu lagi kejayaan membanggakan di peringkat antarabangsa menerusi penyertaan dalam Ganesha International Business Plan Competition anjuran Universitas Tunas Pembangunan, Indonesia. Pertandingan ini berlangsung secara atas talian melalui platform Zoom, dengan proses penghantaran proposal pada 30 Jun 2025, pengumuman 15 finalis pada 11 Julai 2025, dan sesi pitching terakhir pada 18 Julai 2025 dari jam 2:30 hingga 4:30 petang.
Objektif utama pertandingan ini adalah untuk menggalakkan penghasilan proposal rancangan perniagaan yang inovatif dalam sektor pertanian, sebagai usaha ke arah pembangunan mapan yang selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals (SDG). Pertandingan ini turut disertai oleh pelajar-pelajar dari pelbagai negara seperti Indonesia, Filipina dan Malawi, menjadikannya sebuah platform persaingan yang benar-benar bersifat global.
Dua kumpulan daripada PSIS telah berjaya melangkah ke peringkat akhir dan mencatat pencapaian cemerlang. Kumpulan PSIS The Innovation, dengan tajuk projek "Struvite for Slow Release Fertilizer Production", diwakili oleh pelajar Nur Ain Athasya binti Alias, Danisha Qistina binti Shamsul Ariffin, dan Nur Thaqifah binti Ramary, di bawah bimbingan pensyarah Puan Ernie binti Zulkifli dan Puan Zubaidah binti Md Saleh, telah dinobatkan sebagai Grand Winner dan membawa pulang hadiah wang tunai sehingga 11 juta rupiah.
Manakala kumpulan kedua, PSIS The Great, yang membentangkan projek bertajuk "Oil Palm Frond Hydrogel", terdiri daripada Fareda Sofea binti Khairul Nizam, Muhammad Rifqi bin Mohd Nazri, Nik Qawiem bin Nik Zaini, dan Muhammad Aidil Lutfi bin Zamrimahadi, telah berjaya merangkul tempat 2nd Runner Up, sekali gus menunjukkan kemampuan dan daya saing pelajar PSIS di peringkat serantau.
Seluruh warga PSIS merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua pelajar dan pensyarah yang terlibat atas kejayaan ini. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai pelajar untuk terus mencipta impak dalam bidang inovasi dan keusahawanan global. PSIS kekal komited dalam melahirkan graduan berilmu, berinovatif dan bersedia mendepani cabaran industri masa depan.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

