PSIS RANGKUL NAIB JOHAN DALAM ANUGERAH PENGGERAK KEPENGGUNAAN (APK) TAHUN 2024
- Details
- Hits: 7

𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔𝐋 𝐍𝐀𝐈𝐁 𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀𝐀𝐍 (𝐀𝐏𝐊) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒
Sabah, 13 Julai 2025- Kelab Gerakan Pengguna Siswa (GPS), Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah dinobatkan sebagai Naib Johan kategori Gerakan Pengguna Siswa Terbaik bagi Anugerah Penggerak Kepenggunaan (APK) Kebangsaan bagi Tahun 2024.
GPS PSIS membawa pulang sebuah trofi, sijil penghargaan dan wang tunai berjumlah RM3000.00. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang banyak membantu terutama Pn. Haslinda binti Abd Hamid, Pengarah PSIS, Tn. Hj. Zainuddin bin Kasmuri, Timbalan Pengarah Akademik dan En. Azrin bin Ramli, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik serta Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Pelajar
.
Tidak dilupakan kepada Pn. Norsuzana binti Zakaria, Ketua Unit Keusahwanan sebagai pemudahcara dalam menyiapkan pelaporan dan pembentangan aktiviti GPS PSIS. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada Tuan Mohd Zuhairi bin Mad Radey, Pengarah KPDN Selangor, Pn. Siti Hajar binti Mohd Kassim, Ketua Seksyen Kepenggunaan dan seluruh warga KPDN Selangor yang banyak menyokong dan membantu dalam melancarkan perjalanan program yang dijalankan oleh GPS PSIS.
Moga aktiviti kepenggunaan kekal mekar di bumi bertuah PSIS.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis