𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐊𝐄𝐊𝐀𝐋 𝐃𝐎𝐌𝐈𝐍𝐀𝐒𝐈: 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐅𝐈𝐑𝐀 𝐑𝐎𝐁𝐎𝐖𝐎𝐑𝐋𝐃 𝐂𝐔𝐏 𝐄𝐍𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐑𝐔𝐓-𝐓𝐔𝐑𝐔𝐓
Merlimau , 26 Jun 2025 – Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) Roboteam terus mengukir kejayaan di Bandaraya Bersejarah Melaka apabila berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali keenam berturut-turut dalam kejohanan Malaysia Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) Roboworld Cup 2025 membuktikan dominasi dan komitmen berterusan dalam kejohanan robotik.
Kejayaan ini juga menunjukkan semangat berpasukan, latihan konsisten serta sokongan padu daripada seluruh warga PSIS. Kejohanan edisi kali ke 18th menyaksikan persaingan sengit antara 37 institusi yang terdiri daripada Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh negara dan Universiti Awam namun PSIS berjaya mengekalkan prestasi cemerlangnya.
Sebanyak 9 kategori utama dan 29 sub kategori telah dipertandingkan di acara tersebut. PSIS telah berjaya membawa pulang separuh daripada yang pingat-pingat yang dipertandingkan.
Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid, menzahirkan rasa syukur dan bangga atas pencapaian ini, serta mengucapkan tahniah kepada semua peserta dan jurulatih yang telah memberikan sepenuh komitmen.
“PSIS hantar seramai 57 orang pelajar yang terdiri daripada 31 pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, 22 pelajar Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), 4 pelajar sekolah Menengah iaitu 2 daripada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam dan 2 daripada Sekolah Menengah Ungku Aziz (SUA)Sabak Bernam,
“PSIS telah memperoleh 6 Emas 6 Perak 3 Gangsa dan sekali gus menjadikan PSIS juara bertahan Malaysia FIRA Roboworld Cup 6 tahun berturut- turut, katanya.
Majis Penutupan 18h Malaysia FIRA Roboworld Cup 2025 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.
Pergi dengan Harapan Pulang dengan Kejayaan. Warga PSIS mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah atas kejayaan yang cemerlang ini.
WE ARE THE CHAMPION, THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis