𝐆𝐄𝐌𝐏𝐔𝐑 𝐌𝐀𝐋𝐂𝐈𝐃𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟓: 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔𝐋 𝐍𝐀𝐈𝐁 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇𝐀𝐍
Behrang, 17 Jun 2025 - Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dengan bangganya mengumumkan kejayaan luar biasa bagi Kontinjen Selangor B dalam program 1ST POLYCC Malaysian Civil Defense Annual Camp and Commissioning (MalCiDAC) 2025 buat julung kalinya diadakan telah yang melabuhkan tirainya di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) pada 17 Jun 2025.
Kontinjen gabungan yang terdiri daripada 13 pelajar PSIS, 5 pelajar Kolej Komuniti Selayang (KKSY), seorang pelajar Kolej Komuniti Tanjung Karang (KKTK), dan seorang pelajar Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) ini telah mengharumkan nama Selangor bukan sahaja dengan pelbagai kemenangan kategori, malah berjaya merangkul Naib Juara Keseluruhan dengan membawa pulang wang tunai RM700!
MALCIDAC 2025 telah menghimpunkan 17 pasukan dari 12 negeri seluruh Malaysia, menjadi platform penting untuk memupuk bakat dan semangat kesukanan dalam kalangan pelajar politeknik dan kolej komuniti. Kehadiran wakil pengurusan PSIS, Hj. Zainuddin bin Kasmuri, Timbalan Pengarah Akademik, turut menyemarakkan lagi semangat kontinjen.
Sepanjang program yang penuh persaingan ini, Kontinjen Selangor B telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, kerjasama berpasukan yang mantap, dan persembahan yang memukau. Mereka berjaya melakar kejayaan membanggakan dengan merangkul:
* Tempat Ke-3 Kawad Kaki (Selangor A)
* Tempat Ke-2 Survival Cooking Challenge (Selangor B )
Kejayaan Kontinjen Selangor B ini adalah hasil dedikasi dan komitmen padu semua pihak yang terlibat. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pengurusan PSIS atas sokongan padu yang tidak berbelah bahagi. Penghargaan turut diberikan kepada Jurulatih Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor atas bimbingan dan latihan intensif.
Sekalung penghargaaan kepada Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Kolej Komuniti Hulu Selangor (KKHS), KKSY, KKSB, KKTK atas kerjasama erat dan sokongan berterusan. Jasa Pegawai Pengiring yang sentiasa memastikan kebajikan dan motivasi pelajar turut amat dihargai, termasuklah Kapten Bersekutu (PA) Mohd Zaini Zainuddin, Kapten Bersekutu (PA) Mohmammed Illias Harun Habib Patel , Mejar Bersekutu (PA) Chia Soi Lee , dan Kapten Bersekutu (PA) Dr. Muhammad Daniel Derome .
TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis