May be an image of 2 people, headscarf, dais and textMay be an image of 3 people and text
𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐔𝐍𝐆𝐆𝐔𝐋𝐈 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐓𝐈𝐋𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐂𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐙𝐎𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑
Banting, 21 Mac 2025 - Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) terus mengharumkan nama dalam bidang keagamaan apabila dua pelajar cemerlang kita berjaya meraih Johan dan Naib Johan dalam Pertandingan Akhir Tilawah Al-Quran POLYCC 2025 Zon Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berlangsung di Politeknik Banting, Selangor.
Johan: Saudari Anis Sofea binti Saufi dari Jabatan Pelancongan & Hospitaliti
Naib Johan: Saudara Muhammad Darwisy Shafwan bin Mohd Izam Faizal dari Jabatan Kejuruteraan Awam
Kejayaan ini adalah bukti kecemerlangan pelajar PSIS bukan sahaja dalam bidang akademik, malah dalam penghayatan Al-Quran. Kesemua wakil PSIS ini telah dibimbing oleh Alumni PSIS sendiri iaitu Saudara Faris Hafizi bin Mohd Hazeli yang merupakan Naib Johan Pertandingan Tilawah Al-Quran POLYCC Kebangsaan Tahun 2023. Syabas kepada para peserta dan tenaga pengajar yang telah membimbing serta menyokong mereka sepanjang pertandingan.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada warga PSIS untuk terus mendalami dan mencintai Al-Quran.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis
All reactions:
Noorbahiyah Anuar and 43 others