PSIS RAIH PINGAT PERAK DI FESTIVAL TVET MADANI @ KOLEJ KOMUNITI SELAYANG
- Details
- Hits: 47
𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐑𝐀𝐈𝐇 𝐏𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 @ 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆
SELAYANG, 08 September 2024 - Pasukan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah meraih pingat Perak dalam pertandingan ‘Gastronomy Run’ sempena Festival TVET Madani@ Kolej Komuniti Selayang (KKSY).
Majlis perasmian penutup Festival TVET Madani @ Kolej Komuniti Selayang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismal, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Festival TVET Madani @ Kolej Komuniti Selayang yang berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat lalu merupakan festival yang melestarikan budaya kerja cemerlang dan meningkatkan daya saing dalam penyelidikan, inovasi serta pengkomersialan dalam kalangan pensyarah, pelajar dan komuniti setempat. Festival tersebut turut menekankan kepentingan memelihara dan mempromosi nilai-nilai tradisional sambil beradaptasi dengan teknologi moden.
Pelbagai program telah dianjurkan antaranya Pertandingan Inovasi (PERDINO), Seminar Penyelidikan (SEMPEN), The Big Ideas 2.0 (Product Pitching), Kursus Pendek (Pembelajaran Sepanjang Hayat), serta banyak aktiviti lain yang menarik dan bermanfaat dalam bidang pelancongan, hospitaliti, gastronomi, pengurusan acara dan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Tahniah diucapkan kepada pemenang !!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis