Kejohanan Olahraga MSP 2020 telah menutup tirainya pada 18 Februari 2020. Kejohanan ini dianjurkan oleh Politeknik Sultan Azlan Shah dan telah diadakan pada 13 hingga 18 Februari 2020 di Arena Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak. Sejumlah 13 Politeknik seluruh negara telah menyertai kejohanan ini dan Politeknik Perak telah menjadi Juara Keseluruhan dengan memenangi 7 Emas, 2 Emas dan 4 gangsa.

Manakala Politeknik Selangor pula menghantar 13 orang atlit dalam kejohanan ini. Seramai 6 orang pelajar/atlit dari Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) mewakili pasukan Politeknik Selangor. Seorang pelajar PSIS telah memenangi pingat Emas di dalam acara 5000m lelaki dan pingat gangsa dalam acara 1500m lelaki. Beliau adalah Muhammad Nadzir Arsyad bin Azmin, pelajar semester 2 jurusan Kejuruteraan Awam.

Secara keseluruhanya dengan pingat yang telah dimenangi ini Politeknik Selangor menduduki tangga ke-9. Ini merupakan prestasi terbaik Politeknik Selangor dalam Kejohanan Olahraga MSP 2020.