Permohonan Credit Transfer Course Exemption (CTCE) Sesi I : 2022/2023 Untuk Pelajar Program Diploma Teknologi Maklumat (DDT)
- Details
- Hits: 1507
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Perhatian Kepada Semua Pelajar Program Diploma Teknologi Maklumat (DDT) Politeknik Sultan Idris Shah
PERMOHONAN CREDIT TRANSFER COURSE EXEMPTION (CTCE) SESI I : 2022/2023
Dimaklumkan bahawa permohonan CTCE Sesi I : 2022/2023 bagi Semua Pelajar Program Diploma Teknologi Maklumat (DDT) telah dibuka dalam tempoh 5 September – 23 September 2022. Pelajar yang layak memohon CTCE adalah seperti berikut :
- Pindahan Kredit Mendatar - Pelajar bertukar program di politeknik yang sama, pelajar berpindah politeknik dan pelajar dari PPT lain berpindah ke politeknik dalam peringkat yang sama
- Pindahan Kredit Menegak - pelajar lulusan sijil dari kolej komuniti@PPT lain menyambung pengajian ke diploma politeknik
Permohonan CTCE hendaklah dilakukan dalam tempoh TIGA (3) minggu selepas bermulanya sesi pertama pengajian di PSIS sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan di dalam Garis Panduan CTCE Politeknik Malaysia yang sedang berkuatkuasa.
Bagi tujuan permohonan, pelajar perlu mengemukakan slip keputusan peperiksaan dan sukatan kursus terdahulu yang telah disahkan. Urusan mendapatkan maklumat kursus yang dimohon untuk tujuan pemetaan adalah tanggungjawab pelajar.
Pelajar perlu mengemukakan permohonan melalui Penasihat Akademik di jabatan masing-masing. Permohonan yang TIDAK LENGKAP akan ditolak.
Sekian, terima kasih.
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN CREDIT TRANSFER COURSE EXEMPTION (CTCE) DI SINI |