Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Perhatian Kepada Semua Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah

 

PERMOHONAN CREDIT TRANSFER COURSE EXEMPTION (CTCE) SESI I : 2022/2023

 

Dimaklumkan bahawa permohonan CTCE Sesi I : 2022/2023 telah dibuka dalam tempoh 15 Ogos - 2 September 2022. Pelajar yang layak memohon CTCE adalah seperti berikut : 

  • Pindahan Kredit Mendatar - Pelajar bertukar program di politeknik yang sama, pelajar berpindah politeknik dan pelajar dari PPT lain berpindah ke politeknik dalam peringkat yang sama
  • Pindahan Kredit Menegak - pelajar lulusan sijil dari kolej komuniti@PPT lain menyambung pengajian ke diploma politeknik

Permohonan CTCE hendaklah dilakukan dalam tempoh TIGA (3) minggu selepas bermulanya sesi pertama pengajian di PSIS sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan di dalam Garis Panduan CTCE Politeknik Malaysia yang sedang berkuatkuasa. Klik Sini untuk muat turun Borang Permohonan CTCE 📌

Bagi tujuan permohonan, pelajar perlu mengemukakan slip keputusan peperiksaan dan sukatan kursus terdahulu yang telah disahkan. Urusan mendapatkan maklumat kursus yang dimohon untuk tujuan pemetaan adalah tanggungjawab pelajar.

Pelajar perlu mengemukakan permohonan melalui Penasihat Akademik di jabatan masing-masing. Permohonan yang TIDAK lengkap akan ditolak.

Sekian, terima kasih.

Unit Peperiksaan

Politeknik Sultan Idris Shah

Sungai Lang,

45100 Sungai Ayer Tawar

Selangor