𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐊𝐄 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐓𝐄 𝐎𝐅 𝐓𝐄𝐂𝐇𝐍𝐈𝐂𝐀𝐋 𝐄𝐃𝐔𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 ( 𝐈𝐓𝐄) 𝐒𝐈𝐍𝐆𝐀𝐏𝐔𝐑𝐀
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Idris Shah dengan kerjasama Unit Pengantarabangsaan telah menganjurkan satu lawatan akademik ke Institute of Technical Education ( ITE) Singapura, di mana para pensyarah dan pelajar berpeluang berkongsi pengetahuan serta memperkukuhkan hubungan dua hala antara institusi.
Lawatan ini membuka ruang kepada peserta untuk memahami teknologi IOT terkini serta amalan terbaik dalam bidang pendidikan vokasional dan keusahawanan, sekali gus memberi inspirasi kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik.
Hasil perbincangan bersama wakil School of Business and Services, terdapat peluang untuk melibatkan diri dalam kerjasama strategik yang meliputi pembangunan program latihan vokasional iaitu:
Program mobiliti pelajar melibatkan virtual summer class serta aktiviti pertukaran budaya.
Projek Penyelidikan Bersama melibatkan inisiatif penyelidikan dalam bidang kewangan Islam, pengurusan perniagaan, kecemerlangan perkhidmatan, dan keusahawanan (Unit EED & Keusahawanan) yang merangkumi penerbitan bersama dan perkongsian kepakaran.
Webinar dan bengkel yang dianjurkan bersama merangkumi bengkel, seminar, dan persidangan mengenai trend terkini dan cabaran dalam sektor perniagaan dan perkhidmatan (seperti keusahawanan digital, pitching, dan sebagainya).
Terima kasih kepada ITE Singapura di atas sambutan mesra dan pengalaman pembelajaran yang berharga ini.
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis