𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑 𝐓𝐌 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 @𝐏𝐎𝐋𝐘𝐂𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐋𝐀𝐁𝐎𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐘𝐓𝐌 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐏𝐏𝐊𝐊
IPOH, 04 September 2024- Yayasan Telekom Malaysia (YTM) hari ini menyerahkan sumbangan bernilai RM3.5 juta kepada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) melalui pelancaran TM TVET Madani @ POLYCC sebagai usaha memantapkan lagi sinergi dan kolaborasi antara YTM dengan JPPKK dalam memartabatkan institusi TVET kebangsaan.
Penyerahan ini dilaksanakan bersempena dengan penganjuran Program Industri Nexus POLYCC 2024 (INDex POLYCC 2024) yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi di Politeknik Ungku Omar (PUO).
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) merupakan salah satu daripada tiga politeknik yang telah menerima peruntukan khas untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran mengikuti spesifikasi industri serta latihan dan pensijilan profesional menerusi bidang fokus seperti ‘cybersecurity’, ‘cloud computing’, 'fiber optic' dan ‘software testing'.
Penyerahan plak perasmian kepada Pengarah (PSIS), Puan Haslinda binti Abd Hamid telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Zainal Abidin Putih, Pengerusi YTM disaksikan bersama YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir. Hadir sama Ketua Setiausaha KPT, Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang; TImbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian; serta Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dato' Dr. Haji Mohd Zahari Ismail.
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis