𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
Sabak, 27 Ogos 2024 - Yayasan Raja Muda Selangor dengan kerjasama Politeknik Sultan Idris Shah (mewakili PolyCC Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) telah menganjurkan Hari Terbuka TVET Yayasan Raja Muda Selangor 2024 bertempat di Dewan Seri Lang, PSIS. Majlis telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor.
Hari Terbuka TVET Yayasan Raja Muda Selangor merupakan platform bagi golongan belia untuk mengenali dunia Pendidikan & Latihan Teknikal & Vokasional, melalui pelbagai pengisian aktiviti yang mencungkil dan meningkatkan minat ke arah TVET dari kalangan belia, selaras dengan keperluan tenaga kerja mahir di negara ini.
Sejak tahun 2022, program ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, dengan edisi 2022 berlangsung di Kolej Komuniti Selayang manakala edisi 2023 berlangsung di Kolej Komuniti Kuala Langat.
Sempena Program Hari Terbuka TVET Yayasan Raja Muda Selangor pada tahun ini, antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan termasuk-:
i. Pertandingan TVET mempertandingkan pelbagai inovasi dalam kategori sekolah menengah, dan kategori kolej;
ii. Kelas Pengurusan Kewangan daripada TYMBA Education untuk memberi ilmu dan bimbingan kepada golongan belia bagi menguruskan wang ringgit mereka dengan bijaksana;
iii. Kaunseling Kerjaya daripada PERKESO bagi memupuk amalan terbaik dalam perancangan dan pencarian kerjaya kepada golongan pelajar;
iv. Self-Discovery Workshop atau Bengkel Eksplorasi Diri yang memantapkan kemahiran insaniah para pelajar sekolah menengah, di samping mencungkil minat mereka dalam pelbagai bidang kemahiran melalui kursus-kursus pendek oleh Politeknik Sultan Idris Shah;
v. Anugerah Yayasan Raja Muda Selangor 2024 yang membuka pencalonan bagi kategori Pelajar Terbaik Dalam Kecemerlangan, Pelajar Terbaik Dalam Latihan, Pelajar Terbaik Dalam Penglibatan Komuniti, dan Ikon Pelajar YRMS; serta
vi. pelbagai reruai pameran daripada seluruh pelosok sektor TVET
Program Hari Terbuka TVET YRMS 2024 ini turut melibatkan pihak industri dan agensi dalam ekosistem TVET yang secara tidak langsung berupaya menarik minat anak muda untuk menyertai program-program TVET.
Hadir sama adalah YB Datuk Haji Rizam bin Haji Ismail, ADUN Sungai Air Tawar merangkap Exco Kemajuan Desa, Perpaduan & Pengguna Negeri Selangor, YBrs. Ts. Abdul Razak bin Sabtu, Pengarah Kanan (Kompetensi) JPPKK mewakili Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (KPPK), YBrs. Tuan Azman bin Dahlan, Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam, Dr Haji Paridul Adrasbin Ismail, Dato' Orang Kaya Maha Bijaya Orang Besar Daerah Sabak Bernam, YBhg. Datin Paduka Norazlina Binti Zakaria Ketua Pegawai Eksekutif Worldwide Holdings, YBrs. Puan Haslinda binti Abd Hamid, Pengarah PSIS dan Pengarah-pengarah POLYCC Zon Selangor dan W.P Kuala Lumpur.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis