𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐀𝐅 & 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐑𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐒𝐈𝐒
Sabak, 29 Ogos 2024- Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perjumpaan Pengarah bersama staf dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) di Dewan Seri Lang, PSIS.
Pengarah PSIS, Puan Haslinda binti Abd Hamid ketika berucap beliau menyeru semua warga PSIS bersama-sama menanam semangat baru bagi meningkatkan kegemilangan servis perkhidmatan awam samada dalam Kumpulan Pelaksana, Pengurusan dan Profesional, mahupun Pengurusan Tertinggi dalam kearah PSIS THE GREAT.
Dalam majlis ini juga turut diadakan pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat PSIS. Majlis diserikan lagi dengan nyanyian Jalur Gemilang oleh warga PSIS.Gimik pelancaran melekatkan bendera Malaysia pada kenderaan staf turut disempurnakan oleh Puan Pengarah.
Hadir sama, Haji Zainuddin bin Kasmuri, Timbalan Pengarah Akademik dan En Mohamad Fauzi bin Che Pa, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik.
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis