Telah berlangsung Taklimat Pengenalan dan Makluman Proses Kerja KIK Horizon Baharu (HB) anjuran Seksyen Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan PSIS pada 20 Februari 2020 bertempat di Bilik Tayang UIDM, PSIS. Sebanyak 5 jabatan akademik dan 17 unit sokongan PSIS telah menghadiri sesi taklimat pada kali ini. Terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan, En Saifulbahari Bin Mohd Rasid dan Pn Chia Soi Lee dari SCOT diatas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman tentang KIK HB. 

Seusai sesi taklimat ini, kesemua peserta akan mencadangkan tajuk dan membentuk kumpulan KIK, sebelum bertanding di Mini Konvensyen KIK HB 2020 di peringkat PSIS yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan Mei 2020, dan seterusnya bakal mewakili PSIS di Konvensyen KIK Horizon Baru Peringkat Kebangsaan Politeknik dan Kolej Komuniti Tahun 2020 pada Ogos/September 2020 nanti. 

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan selamat maju jaya buat semua peserta.