𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑
Sabak Bernam , 05 Ogos 2024 – Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Ad Hoc Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah menganjurkan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar di Banquet, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) PSIS.
Majlis apresiasi ini dianjurkan bagi meraikan para pelajar telah mengharumkan nama PSIS sama ada dalam bidang sukan, kokurikulum mahupun akademik. Antara kecemerlangan yang diraikan Pasukan Polyphoenix, Juara Keseluruhan di Festival Kebudayaan dan Warisan Politeknik dan Kolej Komuniti Ke-12, Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MalPTAAC) Siri 15/2024, Kejohanan Polytechnic Sports Challenge 2024 Ragbi 7’s, Futsal, Badminton, Bola Sepak, Sepak Takraw, Bola Tampar, PolyCCSkills PSIS, Battle of the Chefs 2024 ,Birdrace 2024 , Program Wings of KKB: Selangor Birds Fair pula, Futsal, Badminton, Sepak Takraw, Bola Tampar dan Bola Sepak, Arcidex, dan Kejohanan Federation of Robot Association yang ke-17. Dalam majlis tersebut, Pengarah PSIS turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Majlis Perwakilan Pelajar.
Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamad Yusof bin Sulaiman, Pengarah PSIS. Semoga majlis ini menjadi inspirasi kepada semua pelajar untuk lebih berdaya saing bagi mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi.
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua yang diraikan!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis