FLAG OFF LAWATAN AKADEMIK JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, PSIS KE ITE SINGAPURA OLEH PENGARAH POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
- Details
- Hits: 47
𝐅𝐋𝐀𝐆 𝐎𝐅𝐅 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐄𝐋𝐄𝐊𝐓𝐑𝐈𝐊, 𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐊𝐄 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐓𝐄 𝐎𝐅 𝐓𝐄𝐂𝐇𝐍𝐈𝐂𝐀𝐋 𝐄𝐃𝐔𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 (𝐈𝐓𝐄), 𝐒𝐈𝐍𝐆𝐀𝐏𝐔𝐑𝐀
2 Ogos 2024 - Telah berlangsung Majlis Flag off peserta Lawatan Akademik ke ITE Singapura oleh Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah.
Majlis flag off ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamad Yusof Bin Sulaiman bersama Timbalan Pengarah Akademik, Tuan Haji Zainuddin Bin Kasmuri. Hadir bersama ialah Pn. Noorarizawaty Binti Aris, Ketua Unit Pengantarabangsaan PSIS. Tujuan utama program ini adalah untuk mempelajari dan mencontohi amalan baik yang dilaksanakan di ITE Singapura, serta untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama antara Politeknik Sultan Idris Shah dan institusi pendidikan terkemuka di peringkat antarabangsa. Diharapkan semua peserta program ini akan dapat membawa pulang ilmu serta pengalaman yang berharga untuk diaplikasikan di institusi ini.
Semoga program ini mencapai matlamat yang diharapkan dan seterusnya memajukan lagi bidang pendidikan teknikal di Politeknik Sultan Idris Shah.
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis