𝐌𝐀𝐉𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐍𝐉𝐔𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐃𝐈 𝐋𝐀𝐌𝐁𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇

Sabak, 05 Ogos 2024- Hari ini telah diadakan Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih ke atas Tuan Haji Mohamad Yusof bin Sulaiman, Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah yang akan bersara wajib pada 06 Ogos 2024.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Puan Hilmun binti Mohamed, Pengarah Bahagian Peperiksaan dan Penilaian (BPN) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Majlis yang sangat meriah ini diadakan bagi menghargai jasa bakti yang telah dicurahkan di sepanjang perkhidmatan beliau.

Majlis tersebut turut meraikan Puan Siti Aminah bin Suhud, Pembantu Operasi di Unit Khidmat Pengurusan PSIS yang telah bersara wajib pada April 2024. Majlis diserikan lagi dengan busana pengantin yang dikenakan oleh Tuan Pengarah dan pasangan.

Pada penghujung majlis turut diadakan sesi daftar keluar Spot Me sebagai simbolik kepada persaraan beliau.

Hadir sama, Ts. Zainah binti Rujihan, Pengarah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) merangkap Pengerusi Pengarah PolyCC Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Timbalan Pengarah Akademik, Haji Zainuddin bin Kasmuri, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En Muhamad Fauzi bin Che Pa dan Pengarah- Pengarah PolyCC Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta wakil Politeknik Bagan Datuk.

Seluruh warga kerja PSIS mengucapkan terima kasih dan selamat bersara Tuan Pengarah , Haji Mohamad Yusof bin Sulaiman.

02 Mei 2023 - 06 Ogos 2024

Jasamu dikenang.