𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝐊𝐄 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇

Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah menerima kunjungan daripada Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI),Kementerian Ekonomi (KE) bagi lawatan tapak pembaikan keseluruhan kawasan kampus PSIS.

Delegasi KE yang diketuai oleh En Megat Yusman bin Megat Jamaludin, Timbalan Pengarah (Latihan),BPMI telah disambut oleh Pengarah PSIS, Tuan Haji Mohamad Yusof bin
Sulaiman.

Lawatan tapak ini diadakan bagi penambahbaikan keseluruhan kawasan kampus PSIS yang terjejas akibat pemendapan tanah yang serius.

Hadir sama, En Anuar bin Ismail, Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan Program dan Institusi, Bahagian Pembangunan Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Jabatan Kerja Raya.

………………………………………………..

Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis

#2dekadmenggarapkecemerlangan
#PSISdesigningYourFuture
#psispergijauh
#MYPremierDigitalTech
#GengPOLYCC
#TVETForAll
#MalaysiaMadani