PSIS MOBILITY PROGRAM 2024 : KNOWLEDGE SHARING SESSION

Program PSIS Mobility Program 2024: Knowledge Sharing Session bersama Politeknik Negeri Padang (PNP) yang dianjurkan oleh Unit Pengantarabangsaan telah dijayakan di Padang, Sumatera Barat, Indonesia pada 27 hingga 30 Jun 2024 yang lalu. Program pengantarabangsaan ini telah disertai oleh 22 delegasi pelajar dan pensyarah Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Lawatan ini juga merupakan lawatan balas terhadap kunjungan pertama dari PNP pada bulan Disember 2023 yang lalu. Kunjungan ini telah disambut oleh Dr. Revalin Herdianto; Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik, mewakili Pengarah PNP ; Ir Dr. Surfa Yendri. Beliau telah memberikan ucapan pembukaan aluan bagi program ini yang turut disertai oleh mahasiswa dan pensyarah PNP. Majlis pembukaan tersebut diakhiri dengan sesi bertukar cenderamata oleh wakil kedua buah institusi dan PSIS turut membawa produk keusahawanan; pop corn dan sambal hitam PSIS dari Unit Pembangunan Usahawan (UPU) sebagai tanda kenangan kepada PNP.

Sesi perkongsian ilmu ini telah dijalankan di dua lokasi iaitu di Dewan Aktiviti Mahasiswa bagi pembentangan dalam bidang Sains Sosial dan Dewan Kejuruteraan Awam bagi pembentangan dalam bidang Kejuruteraan Awam. Para delegasi telah berkongsi hasil penyelidikan masing-masing serta amalan balik yang dilaksanakan di jabatan dan unit di PSIS kepada pelajar dan pensyarah PNP . Sesi pembentangan turut diselitkan dengan perbincangan di antara pembentang dan hadirin serta turut diulas oleh moderator yang dilantik di setiap lokasi.
Delegasi PSIS turut berbangga dengan pencapaian saudara Ahmad Rafael Fadlullah bin Ahmad Jais (17DDT22F2054), pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) yang telah menunjukkan kemahiran pengucapan awam yang sangat baik sewaktu membentangkan perjalanan projek 4th DTIIX 2023 anjuran Kelab Rakan Teknologi Digital PSIS. Pelajar semester tiga ini juga merupakan Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Presiden Kelab Rakan Teknologi Digital.

Program pengantarabangsaan ini berakhir dengan ucapan penutup dan penyerahan sijil pembentangan delegasi oleh Dr. Dony Marzuki dari Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa. Akhir sekali , keberangkatan pulang rombongan PSIS telah diiringi oleh Tuan Pengarah PNP ; Ir Dr Surfa Yendri dan beliau menitipkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua delegasi di atas kesudian kunjungan serta sesi perkongsian ilmu yang telah dilaksana di PNP. Semoga program pengantarabangsaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak aktiviti kolaborasi dalam bidang penyelidikan, inovasi serta aktiviti pelajar di antara kedua buah institusi ini.


………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis
#2dekadmenggarapkecemerlangan
#PSISdesigningYourFuture
#psispergijauh
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech
#MalaysiaMadani