FLAG OFF PSIS MOBILITY PROGRAM 2024 KNOWLEDGE SHARING SESSION : POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH, MALAYSIA & POLITEKNIK NEGERI PADANG
- Details
- Hits: 152
𝐅𝐥𝐚𝐠 𝐎𝐟𝐟 𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐌𝐎𝐁𝐈𝐋𝐈𝐓𝐘 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐊𝐍𝐎𝐖𝐋𝐄𝐃𝐆𝐄 𝐒𝐇𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍: 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇, 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 & 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆
Sabak, 26 Jun 2024- Seramai 21 orang pensyarah dan seorang pelajar Politeknik Sultan Idris Shah akan berlepas ke Politeknik Negeri Padang, Indonesia pada 27 hingga 30 Jun 2024 bersempena Mobility Program 2024 Knowledge Sharinh Session PSIS dan Politeknik Negeri Padang.
Tujuan utama program mobiliti ini adalah untuk delegasi berkongsi ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan program mobiliti secara dalam talian dan bersemuka, perbankan Islam, teknologi maklumat dan teknologi Hijau kepada warga Politeknik Negeri Padang.
Program mobiliti ini juga berhasrat untuk mengeratkan lagi jalinan hubungan strategic antarabangsa di antara kedua-dua Politeknik dalam memastikan peningkatan profesionalisme pensyarah dan pelajar dalam aktiviti PdP, inovasi, penyelidikan dan peningkatan kerjaya.
Dalam sesi 'Flag off' ini, Tuan Haji Mohamad Yusof bin Sulaiman, Pengarah PSIS telah mencadangkan kepada delegasi untuk menghasilkan suatu bentuk penulisan yang bertaraf antarabangsa bagi setiap perkongsian ilmu yang bakal dilaksanakan nanti. Beliau juga turut mengucapkan selamat jalan dan mendoakan agar seluruh delegasi sentiasa berada dalam keadaan baik ketika berada di sana kelak.
Terima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi PSIS yang menyokong penuh program mobiliti ke Politeknik Negeri Padang ini.
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis
#2dekadmenggarapkecemerlangan
#PSISdesigningYourFuture
#psispergijauh
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech