𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐎𝐎𝐑𝐃𝐈𝐍𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐎𝐏𝐄𝐍 𝐃𝐀𝐘 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑

Sabak, 28 Mei 2024 - Politeknik Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Yayasan Raja Muda akan menganjurkan “Tvet Open Day”. Satu mesyuarat Koordinasi Sambutan” Tvet Open Day” telah berlangsung di Bilik Seri Tanjung , Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS).

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YDH Tuan Dr. Haji Paridul Adras bin Ismail, Dato Orang Kaya Maha Bijaya Orang Besar Daerah Sabak Bernam. Mesyuarat dimulai dengan ucapan aluan pengerusi, ucapan aluan oleh Tuan Haji Mohamad Yusof bin Sulaiman, Pengarah PSIS dan pembentangan “Tvet Open Day” oleh Encik Muhammad Syazwan bin Mohd Daut, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Muda Selangor. Seterusnya, mesyuarat diteruskan dengan sesi soal jawab dan ditangguhkan oleh pengerusi.

Hadir sama, Tuan Haji Zainuddin bin Kasmuri, Timbalan Pengarah Akademik, En Norman bin Zamri , Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, wakil Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti (BKIK), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), wakil Bahagian Governan dan Kecemerlangan (BGK) JPPKK, wakil Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam, wakil Majlis Daerah Sabak Bernam, wakil Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Beram dan wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Sabak Bernam.


………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis
#2dekadmenggarapkecemerlangan
#PSISdesigningYourFuture
#psispergijauh
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech