𝟏𝟎,𝟎𝟎𝟎 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇: 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐉𝐔 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍


Sabak Bernam, 16 MEI 2024 - Warga Politeknik Sultan Idris Shah terus membudayakan gaya hidup sihat melalui pelaksanaan program *‘10,000 LANGKAH: MENUJU KEJAYAAN’* yang berlangsung di dalam kompaun PSIS. Acara yang bermula dari perkarangan padang kawad Dewan Seri Lang seawal 8.00 pagi itu disertai oleh 65 orang warga PSIS dengan diketuai oleh Yang DiPertua MPP PSIS, Saudari Alwin Aulia binti Mohd Afrizal Wendy. Turut bersama bagi sesi pelepasan larian adalah Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar, Haji Mohd Fadzli bin Zulkeflee.
Aktiviti riadah ini perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian warga kerana ia memberi manfaat kepada kesihatan fizikal dan mental serta dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Selain itu, satu kajian terbaharu mendapati berjalan kaki sebanyak 10,000 langkah sehari mampu mengurangkan risiko demensia, kanser, serangan jantung di samping dapat melanjutkan usia, melalui kajian yang diterbitkan dalam jurnal JAMA Internal Medicine dan JAMA Neurology.


Program yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar melalui kelolaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PSIS ini merupakan satu program gaya hidup sihat yang menyokong inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui institusi-institusi yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Program ini akan diikuti dengan _Weight-loss Challenge_ dan _Fun Run & Ride_ dengan majlis kemuncaknya pada Ogos nanti. Justeru, program ini diharapkan dapat menyeru lebih ramai lagi rakyat Malaysia dan warga kementerian untuk menyertai program sebegini bagi melahirkan komuniti sihat, kekal aktif dan hidup sejahtera.


Kementerian Pendidikan Tinggi
Ketua Pengarah JPPKK
Politeknik.kolejkomuniti
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis
#2dekadmenggarapkecemerlangan
#PSISdesigningYourFuture
#psispergijauh
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech