𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐊𝐎𝐊𝐔𝐑𝐈𝐊𝐔𝐋𝐔𝐌 𝐏𝐒𝐈𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐅𝐄𝐒𝐊𝐎’𝟐𝟒@𝐏𝐒𝐈𝐒)


Sabak, 15 Mei 2024 – Unit Kokurikulum Berkredit, Jabatan Sukan Kebudayaan & KoKurikulum (JSKK) Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah menganjurkan Festival Kokurikulum 2024 (FesKo’24) yang berlangsung di Dewan Seri Lang, PSIS.

Program dimulai dengan persembahan ‘war cry’ oleh pasukan askar wataniah PSIS dan Pispa PSIS. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian penutupan oleh Tuan Haji Mohamad Yusof bin Sulaiman, Pengarah PSIS. Program ini merupakan satu inisiatif untuk mengumpulkan semua kelab, sukan dan pasukan beruniform yang berada di Politeknik Sultan Idris Shah ini di dalam satu tempat yang sama, bersama-sama mempamerkan kandungan mata pelajaran dan aktiviti interaktif kelab dan sukan dan pasukan beruniform masing-masing kepada umum.

Dalam program tersebut turut diadakan penyampaian Anugerah Tugasan Terbaik kelas koko, Booth terbaik dan cabutan bertuah. Program diakhiri dengan bacaan Ikrar Belia Malaysia 2024. Bacaan Ikrar Belia Malaysia Sempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2024 merupakan satu pengiktirafan yang cukup bermakna kepada anak-anak muda Malaysia khususnya pelajar-pelajar di PSIS. Acara bacaan lafaz ikrar ini telah diadakan serentak bersama Festival Kokurikulum (FesKo) 2024. Gema bacaan lafaz ikrar dirasakan oleh seluruh warga PSIS yang hadir. Lafaz ikrar tersebut dipimpin oleh Saudara Muhammad Danial Zulhilmi bin Zulkifli, Exco Komunikasi Korporat Majlis Perwakilan Pelajar PSIS. Hadir sama Tuan Haji Zainuddin bin Kasmuri, Timbalan Pengarah Akademik, Mejar Mohd Khairul Akmal bin Yusof, Pegawai Pemerintah, Batalion Ketiga, Rejimen 502 Askar Wataniah Kem Sabak Bernam dan Leftanan (PA) Mohd Hairi bin Ibrahim, Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Pejabat Pertahanan Awam Daerah Sabak Bernam.

Tahniah diatas diucapkan kepada – Unit Kokurikulum Berkredit, Jabatan Sukan Kebudayaan & KoKurikulum (JSKK) Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dan semua para pelajar PSIS yang menjayakan program tersebut.


………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis
#2dekadmenggarapkecemerlangan
#PSISdesigningYourFuture
#psispergijauh
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech