𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐀𝐅 𝐁𝐈𝐋 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟒 & 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐀𝐍𝐆 𝐑𝐈𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐏𝐒𝐈𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟒


Sabak, 10 Mei 2024- Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Staf Bil 2/2024 dan Sambutan Riang Ria Raya PSIS 2024 yang berlangsung di Dewan Seri Lang, PSIS.

Pengarah PSIS, Tuan Haji Mohamad Yusof bin Sulaiman dalam amanat beliau menyeru semua warga kerja PSIS sentiasa bekerjasama demi meningkatkan kualiti perkhidmatan yang cemerlang PSIS. Dalam amanat pengarah PSIS, beliau turut memberikan penghargaan kepada pasukan Roboteam PSIS yang telah berjaya mengekalkan gelaran juara 5 kali berturut- turut di pertandingan Robotik FIRA Malaysia Cup kali ke-17 yang berlangsung di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Dalam majis perhimpunan tersebut Pengarah turut menyampaikan Sijil Anugerah Pekerja Contoh sukuan 1/2024 dan sijil penghargaan kepada Penasihat Akademik terbaik bagi sesi 2 2023/2024.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan sambutan Riang Ria Raya PSIS. Kemeriahan syawal diserikan dengan busana hari raya yang dikenakan oleh warga kerja PSIS. Pelbagai juadah telah disediakan oleh Jabatan dan Unit PSIS sepanjang majlis sambutan raya berlansung. Kehadiran Pengarah- Pengarah PolyCC Zon Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur, Dato Orang Kaya Maha Bijaya Orang Besar Daerah Sabak Bernam, Pegawai Daerah Sabak Bernam , Yang Di-pertua Majlis Daerah Sabak Bernam ,agensi kerajaan setempat dan komuniti memeriahkan lagi sambutan Riang Ria Raya PSIS .

Tahniah diucapkan kepada Unit Khidmat Pengurusan PSIS diatas penganjuran Majlis Perhimpunan Staf Bil 2/2024 dan Sambutan Riang Ria Raya PSIS 2024.


………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis
#2dekadmenggarapkecemerlangan
#PSISdesigningYourFuture
#psispergijauh
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech