PROGRAM CSR GOTONG ROYONG MADANI SK SUNGAI NIBONG
- Details
- Hits: 279
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐂𝐒𝐑 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆 𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐒𝐊 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐍𝐈𝐁𝐎𝐍𝐆
Sekinchan, 11 Mei 2024 - Seramai 28 orang Pelajar Politeknik dari Pelbagai Jabatan Pengajian (Termasuk 10 orang pelajar Majlis Perwakilan Pelajar, MPP) Dan 12 orang staf telah menyertai Program CSR Gotong Royong Madani yang telah diadakan di SK Sungai Nibong, Sekinchan Selangor..
Program gotong royong Madani ini telah dianjurkan oleh PIBG SK Sungai Nibong bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga pendidik Dan mengiktirafkan peranan ibu bapa, masyarakat, Komuniti, agensi Kerajaan/swasta Dan badan bukan Kerajaan dalam membangunkan kemenjadian murid di damping mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria bersih Dan selamat.
Program Gotong-royong ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang membabitkan aktiviti seperti mengecat Pagar sekolah, Mengosongkan Dan membersihkan kawasan tempat letak basikal Dan Stor belakang 6 Dedikasi, Merobohkan Pondok Bunga belakang Pusat Sumber, mengemas bilik Dan rak di bilik PBT, Membersihkan Dan menceriakan Taman di Pra sekolah, Mengemas peralatan Dan menceriakan rak buku di Pusat Sumber Sekolah, Mengemas Dan melabel peralatan di bilik PSV, mengemas stor fail, Makmal komputer Dan sebagainya.
Majlis pembukaan program ini melibatkan ucapan daripada YDP PIBG SK Sungai Nibong, Encik Sukor Bin Md Nayan, Ucapan Tuan Haji Zainuddin Bin Kasmuri, Timbalan Pengarah Akademik, mewakili Politeknik Sultan Idris Shah Dan Ucapan daripada Puan Guru Besar SK Sungai Nibong iaitu Puan Noorriti Binti Kurdi.
Penglibatan Sukarelawan Pelajar Dan staf PSIS dalam program ini akan dapat menyemarakkan semangat kerjasama dan saling bantu membantu bersama Komuniti.
Tahniah dan terima kasih kepada semua Sukarelawan pelajar Dan staf yang turut serta dalam program tersebut.
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis
#2dekadmenggarapkecemerlangan
#PSISdesigningYourFuture
#psispergijauh
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech