𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐑𝐎𝐁𝐎𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐊𝐄 𝟏𝟕𝐭𝐡 𝐅𝐈𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐂𝐔𝐏

Sabak Bernam, 21 April 2024 - Bagi menyahut cabaran 17th FIRA Malaysia Cup, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah menghantar pasukan seramai 48 orang pelajar yang terdiri daripada 27 pelajar JKE dan 17 pelajar JTMK, 4 pelajar sekolah Menengah (2 SBPI Sabak Bernam dan 2 SMK Munshi Abdullah) serta 13 para penasihat ke pertandingan Fira Malaysia Cup yang akan berlangsung pada 21 April 2024 hingga 26 April 2024 di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS).

Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamad Yusof bin Sulaiman, Pengarah PSIS. Amanat dan pesanan telah diberikan oleh Tuan Pengarah bagi menyuntik semangat para pelajar bagi mengekalkan Juara Keseluruhan kali ke 5 berturut-turut.

PSIS Roboteam akan bertanding bagi semua acara sebanyak 9 kategori dan 24 Subkategori.Semoga pengorbanan masa dan latihan para pelajar akan membuahkan hasil.

Turut hadir Tuan Haji Zainuddin bin Kasmuri, Timbalan Pengarah Akademik, En Norman bin Zamri, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, dan Barisan Penasihat PSIS Roboteam.

STRIVE FOR THE BEST!!
Home Of FIRA Champion

PSIS Roboteam
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, PSIS
………………………………………………..

Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis

#2dekadmenggarapkecemerlangan
#PSISdesigningYourFuture
#psispergijauh
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech