𝐈𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐏𝐒𝐈𝐒
SUNGAI BESAR, 02 April 2024 – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Sultan Idris Shah telah menganjurkan satu Majlis Iftar bersama Pemimpin Mahasiswa PSIS bersempena dengan sebahagian dari program Ihya Ramadan PSIS bertempat di Inap D'Bondang Resort.
Majlis yang dihadiri oleh presiden-presiden dan wakil kelab / persatuan PSIS ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Politeknik, Yang Berbahagia Haji Mohammad Yusof bin Sulaiman. Dia dalam majlis ini, tuan pengarah bersama-sama pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah meraikan pemimpin-pemimpin muda ini dalam satu majlis yang begitu meriah. Selain Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), turut bersama dalam majlis tersebut adalah wakil-wakil dari Rakan Pusat Islam (RPI), Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK), Pembimbing Rakan Siswa (PRS) dan lain-lain persatuan yang bergiat aktif di PSIS. Selain itu, majlis turut meraikan mantan Penasihat MPP iaitu En. Mohd Ilias bin Harun Habis Amad Patel dengan penyerahan Sijil Penghargaan dan tandamata.
Turut hadir bersama, Timbalan Pengarah (Akademik), Yang Berusaha Tuan Haji Zainuddin bin Kasmuri, dan Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), En. Norman bin Zamri.
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis