KETUK-KETUK SAHUR MPP PSIS
- Details
- Hits: 253

𝐊𝐄𝐓𝐔𝐊- 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐀𝐇𝐔𝐑 𝐌𝐏𝐏 𝐏𝐒𝐈𝐒
SABAK BERNAM, 02 April 2024 - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Sultan Idris Shah menganjurkan program Ketuk-Ketuk Sahur MPP membabitkan pelajar-pelajar di luar kampus sekitar kariah ini.
Sebanyak 5 kenderaan bersama kira-kira 30 MPP berkonvoi ke lima destinasi kediaman pelajar luar kampus bagi mengagihkan 150 bungkus Nasi Lemak dan Ayam Goreng untuk sahur, bermula jam 3 pagi.
Malah, program turut dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Norman bin Zamri dan Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar, Haji Mohd Fadzli bin Zulkeflee.
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis