𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐈𝐇𝐘𝐀 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐂𝐒𝐑 𝐉𝐏𝐇 𝐏𝐒𝐈𝐒
Program Ihya Ramadan dan CSR JPH Bersama murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi, Sekolah Kebangsaan Teluk Rhu telah berlangsung dengan lancar dalam menyampaikan bakti kepada masyarakat setempat dan memperkukuh hubungan di kalangan mereka.
Inisiatif ini menandakan kejayaan Program CSR Jabatan Pelancongan & Hospitaliti Politeknik Sultan Idris Shah. Pelajar JPH PSIS juga telah bergiat aktif dalam aktiviti sukarelawan, memperoleh pengalaman berharga sambil mengaplikasikan ilmu teori dan praktikal yang mereka miliki.
Kesan positifnya jelas terpancar melalui kegembiraan yang dirasai oleh murid-murid PPKI serta peningkatan keharmonian antara pihak-pihak berkenaan. Terima kasih kepada semua yang telah menyertai dan menyokong program ini, yang telah memberi sumbangan besar dalam memperkukuhkan nilai-nilai kebaikan dan kesepaduan komuniti!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis