BICARA DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025 DAN MAJLIS IFTAR MADANI PELAJAR POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
- Details
- Hits: 188
𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟏-𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐈𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇
SABAK BERNAM, 14 Mac 2024 - Telah berlangsung Bicara Dasar Keselamatan Negara 2021- 2025 dan Majlis Iftar Madani bersama pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) anjuran Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor dengan kerjasama PSIS bertempat di Dewan Seri Lang, PSIS.
Bicara Dasar Keselamatan Negara 2021- 2025 yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Shah Rizan bin Ibrahim, Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik Majlis Keselamatan Negara bertujuan untuk meningkatkan kefahaman semua pihak berkenaan risiko dan anjaman terhadap keselamatan , kerana keselamatan negara adalah tanggungjawab semua.
Pada majlis tersebut juga, para pelajar diraikan dengan kuiz MKN , solat magrib berjemaah dan iftar madani. Pihak MKN juga turut menyampaikan replika cek bernilai RM1000.00 kepada PSIS. Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Selangor, Puan Faizatul Aini binti Mohd Adnan. Hadir sama, Pengarah PSIS, Tuan Haji Mohamad Yusof bin Sulaiman, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En Norman bin Zamri.
Terima kasih diucapkan kepada barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Rakan Pusat Islam (RPI) atas bantuan dan sokongan dalam menjayakan program Bicara Dasar Keselamatan Negara 2021- 2025 dan Majlis Iftar Madani.
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis