𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐖𝐀𝐓𝐈𝐊𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇

SABAK BERNAM, 14 Mar 2024 – Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) sesi 2024 /2025 telah diadakan di Bilik Seri Tanjung, PSIS dan watikah telah disampaikan oleh Pengarah PSIS, Tuan Haji Mohamad Yusof Sulaiman

Seramai 30 orang ahli dilantik menjadi Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2024/2025. Pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), Saudari Alwin Aulia binti Mohd Afrizal Wendy telah dilantik sebagai Yang di-Pertua MPP PSIS pada bagi sesi 2024/2025.

Selain itu, saudari Alwin turut mengetuai bacaan ikrar dan menandatangani akujanji di hadapan Pengarah PSIS. Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan MPP PSIS yang baharu. Semoga barisan kempimpinan baharu MPP menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dalam memacu kecemerlangan PSIS.

Terima kasih diucapkan buat seluruh mantan MPP PSIS atas jasa bakti yang telah dicurahkan.

Hadir sama ke majlis tersebut, Timbalan Pengarah Akademik Tuan Haji Zainuddin bin Kasmuri, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Norman bin Zamri dan barisan Ketua Jabatan PSIS

………………………………………………..

Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis

#2dekadmenggarapkecemerlangan
#PSISdesigningYourFuture
#psispergijauh
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech