𝐅𝐈𝐑𝐀 𝐀𝐔𝐓𝐎𝐍𝐎𝐌𝐎𝐔𝐒 𝐑𝐎𝐁𝐎𝐓-𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 (𝐏𝐒𝐈𝐒) 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐔 𝐑𝐎𝐁𝐎𝐓 𝐁𝐈𝐎𝐋𝐎𝐈𝐃 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐑𝐎𝐁𝐎𝐓𝐄𝐀𝐌

Sabak Bernam, 28 Februari 2024 - Sedang berlangsung sesi perkongsian Ilmu Robot Biolid oleh PSIS Roboteam anjuran Bahagian Kurikulum (BK) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama PSIS di Makmal Robot, PSIS. 


Robot bioloid adalah sejenis robot humanoid yang dilengkapi dengan sistem pengawal CM530 yang membolehkan pelajar memprogramkan gerakan aktuator dan fungsi-fungsi kompleks berdasarkan input dari sensor demi menyelesaikan tugasan tertentu. Sesi perkongsian ilmu yang berlangsung selama dua hari ini dirancangkan akan merentasi pelbagai topik dengan memberikan fokus terhadap aspek perkakasan, perisian Roboplus dan Robomotion, sistem pengawal CM530, pengaturcaraan, penyelesaian masalah dan diperkukuhkan dengan latihan amali.

Setiap segmen telah disusun menggunakan pendekatan praktikal secara peer-to-peer bagi memudahkan komunikasi dan memberikan pengalaman pembelajaran yang menarik. Perkongsian ilmu ini melibatkan lapan buah pasukan daripada pelbagai politeknik seluruh Malaysia (PSIS, PTSB, PSA, POLISAS, PSP, PSAS, PSMZA & PPD). Delegasi yang hadir telah disambut oleh Timbalan Pengarah Akademik, Tuan Haji Zainuddin bin Kasmuri dan Ketua Jabatan Elektrik, Encik Zharif Naqiuddin bin Abdul Munit.
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis
#2dekadmenggarapkecemerlangan
#PSISdesigningYourFuture
#psispergijauh
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech