𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐀𝐅 𝐁𝐈𝐋 𝟏/ 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇

Warga kerja Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah bersama- sama berkumpul menghadiri Majlis Perhimpunan Staf Bil 1/2024 yang dianjurkan oleh Unit Khidmat Pengurusan, PSIS di Dewan Seri Lang. Haji Mohamad Yusof bin Sulaiman, Pengarah PSIS dalam perhimpunan ini telah menyampaikan beberapa amanat dan ucapan perpisahan buat Mantan Timbalan Pengarah Akademik, Ts. Nizam bin Mohd Nasir yang turut hadir ke majlis ini.

Dalam perhimpunan tersebut, Pengarah turut menyampaikan beberapa anugerah antaranya, Anugerah Pekerja Contoh Sukuan 4/2023, Sijil Penulisan E-Book, Sijil Pembangun videp PDP, CIDOS dan Anugerah Penyelidikan dan Inovasi. Majlis diserikan lagi dengan cabutan bertuah kepada staf yang hadir.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima, semoga terus cemerlang. Terima kasih juga diucapkan kepada semua warga yang menunjukkan komitmen tinggi bagi menghadiri majlis perhimpunan bulanan ini.
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis