MAJLIS SANJUNGAN BUDI KELAB SEKRETARIAT RUKUN NEGARA PSIS
- Details
- Hits: 344
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐃𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐁 𝐒𝐄𝐊𝐑𝐄𝐓𝐀𝐑𝐈𝐀𝐓 𝐑𝐔𝐊𝐔𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐒𝐈𝐒
Kelab Sekretariat Rukun Negara (SRN) Politeknik Sultan Idris Shah telah melaksanakan Majlis Sanjungan Budi Mantan Majlis Tertinggi dan Penyerahan Watikah Pelantikan Majlis Tertinggi SRN Sesi 2023/2024 di Rumah Warisan Haji Mokhtar, Bagan Nakhoda Omar. Tema majlis pada kali ini Tradisional Malaysia.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik , En. Norman bin Zamri. Dalam majlis ini juga menyaksikan Mantan Timbalan Presiden SRN Sesi 2022/2023 saudara Aman Hakimi bin Rosli menerima Anugerah Kepimpinan Cemerlang 2023 atas jasa dan bakti beliau jasa dan sumbangan besar dalam menerajui kepimpinan SRN.
Majlis turut menyampaikan Watikah Perlantikan kepada Presiden SRN sesi 2023/2024 kepada Encik Muhammad Syahirrudin bin Zolbahare dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Semoga dengan perlantikan ini dapat mengerak aktifkan lagi kelab ini.
Turut hadir, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar , En. Mohd Fauzi bin Che Pa.
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis