𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇
Seramai 759 orang pelajar PSIS telah diraikan dalam Majlis Anugerah Ketua Jabatan PSIS. Majlis ini merupakan satu acara yang sangat gemilang, sebagai satu tanda pengiktirafan kepada para pelajar yang telah berjaya mendapat Purata Nilai Mata 3.5 ke atas bagi sesi 2 2022/2023 iaitu pada sesi yang lepas.
Disamping meraikan kejayaan para pelajar, Majlis Anugerah ini juga meraikan para pendidik yang sentiasa menyokong dan meletakkan kecemerlangan serta kejayaan anak didik sebagai agenda dalam kehidupan.
Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah PSIS, Tuan Haji Mohamad Yusof bin Sulaiman.
Tahniah diucapkan kepada penerima anugerah. Semoga terus cemerlang. Diharapkan majlis ini dapat memberi inspirasi kepada pelajar lain untuk berusaha dengan pada semester ini.
Selamat Maju Jaya.
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis