MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH KALI KE 17 SIDANG 2
- Details
- Hits: 455
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐎𝐍𝐕𝐎𝐊𝐄𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄 𝟏𝟕
Telah berlangsung sidang 2 Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Idris Shah kali-17 bertempat di Dewan Seri Lang, Politeknik Sultan Idris Shah. Seramai 545 graduan dari Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Teknologi, Maklumat dan Komunikasi dan Jabatan Perdagagan telah menerima Diploma masing- masing. Majlis disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Samsuri bin Rahmat, Pengerusi YLI Holdings Berhad merangkap Ahli Jawatankuasa Penasihat Industri PSIS.
Majlis hari ini juga telah merakamkan penyampaian anugerah kepada graduan yang cemerlang sepanjang pengajian mereka. Antaranya, Anugerah Pengarah, Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum
serta Anugerah Projek Terbaik.
Penerima Anugerah Pengarah membawa pulang wang tunai RM500, jambagan bunga, sijil, plak dan wang tunai RM 300 kepada ibu bapa.
Pengarah serta Ahli Pengurusan PSIS mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Idris Shah kali Ke-17.
Tahniah para Graduan!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis
#MajlisKonvokesyenPSIS17
#2dekadmenggarapkecemerlangan
#PSISdesigningYourFuture
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech