𝐍𝐀𝐙𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊𝐀𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐑𝐔𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑 𝐃𝐈 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇, 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐍𝐀𝐌, 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 (𝟎𝟒-𝟎𝟖 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟑)

Mesyuarat Penutupan Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan bagi tahun 2023 oleh Seksyen Pemantauan Bahagian Akaun Kementerian Pendidikan Tinggi telah diadakan pada 08 September 2023 (Jumaat) pada jam 10.00 pagi di Bilik Seri Tanjung, PSIS. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Norman bin Zamri (TPSA PSIS) bersama-sama staf dari Unit Khidmat Pengurusan serta Unit Kewangan PSIS. Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Ketua Akauntan Seksyen Pemantauan KPT Encik Ubaidillah bin Sheikh Abdullah, Encik Adi Maliki bin Adnan, Ketua Pasukan Naziran dan ahli pasukan naziran.

Secara keseluruhannya, semua proses naziran berjalan dengan lancar dan pihak naziran memberikan rumusan dapatan yang positif. Tahniah kepada PSIS di atas pematuhan terhadap peraturan kewangan dan perakaunan semasa yang berkuatkuasa.

=====================

Facebook | Instagram | Youtube : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis

#2dekadmenggarapkecemerlangan
#PSISdesigningYourFuture
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech