𝐏𝐑𝐎𝐒𝐄𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐃𝐔 𝐋𝐀𝐋𝐔 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑

Pendaftaran 603 orang pelajar baharu kemasukan sesi 1 2023/2024 Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) secara pandu lalu berjalan lancar.

Pengarah PSIS, Haji Mohamad Yusof bin Sulaiman berkata pelaksanaan pendaftaran secara pandu lalu ini bagi memudahkan urusan para ibu bapa yang hadir bersama ke PSIS.

Haji Mohamad Yusof bersama Timbalan Pengarah Akademik, Ts. Nizam bin Mohd Nasir dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Norman bin Zamri meninjau proses pendaftaran pelajar baharu yang berjalan lancar dan tersusun seperti dirancang, rata-rata ibu bapa yang ditemui turut melahirkan rasa gembira kerana proses pendaftaran yang tidak mengambil masa lama.

Pihak Pengurusan PSIS mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak PDRM yang hadir memantau proses pendaftaran dan syabas buat kakitangan PSIS serta pelajar sukarelawan yang komited menjalankan tugas.

Akhir kata, selamat datang dan selamat menjalani Minggu Transformasi Siswa (MTS) kepada pelajar baharu bagi Sesi 1 : 2023/2024. Semoga pada sesi ini kita akan sama -sama mengorak langkah membina masa depan yang cemerlang di PSIS.

=====================

Facebook | Instagram | Youtube : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis

#2dekadmenggarapkecemerlangan
#PSISdesigningYourFuture
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech