𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐌𝐨𝐛𝐢𝐥𝐢𝐭𝐢 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚 𝐒𝐞𝐧𝐢 𝐁𝐢𝐧𝐚 , 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐈𝐝𝐫𝐢𝐬 𝐒𝐡𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟑

Unit Pengantarabangsaan dan Unit Seni Bina , Jabatan Kejuruteraan Awam menganjurkan satu program mobiliti yang melibatkan 18 orang pelajar Diploma Seni Bina dan 16 orang pensyarah. Seramai lima orang pelajar yang terlibat telah mendapat tajaan daripada Bahagian Koordinasi TVET, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Penajaan tersebut meliputi sesi pengajian kelas dalam talian yang dikendalikan oleh Institut Teknologi Bandung (ITB), Indonesia bermula pada 20 Julai sehingga 3 Ogos 2023 dan sesi lawatan akademik ke institusi tersebut pada 21 sehingga 25 Ogos 2023.

Program mobiliti ini turut melibatkan lima orang pensyarah dari Unit Seni Bina, berkongsi kepakaran dan hasil kajian mereka dalam bidang pembangunan seni bina mampan di dalam International Virtual Course : Summer Course Sustainable Development yang dianjurkan oleh ITB.
Semoga penganjuran program mobiliti ini akan mendorong lebih banyak penglibatan dari kumpulan pelajar di semua Jabatan Akademik PSIS dalam menyokong Dasar Pengantarabangsaan di masa hadapan.

=====================

Facebook | Instagram | Youtube : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis

#2dekadmenggarapkecemerlangan
#PSISdesigningYourFuture
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech