LAWATAN KERJASAMA ANTARA PSIS DENGAN KEMUDA HOLDING SDN. BHD.
- Details
- Hits: 324
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐒𝐈𝐒 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐇𝐎𝐋𝐃𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃
Kunjungan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dan perbincangan hasrat kerjasama dengan Kemuda Holdings Sdn. Bhd., telah dilaksanakan pada 3 Ogos 2023 yang lalu di pejabat urusan Kemuda Holdings Sdn. Bhd. di Ijok. Perbicangan ini diketuai oleh Ts. Nizam bin Mohd Nasir (Timbalan Pengarah Akademik PSIS) dan dihadiri oleh Dr. Mohd Kazar bin Razali (Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti); serta pegawai-pegawai PSIS iaitu En. Hashim bin A. Rahim @ Abd. Rahman, En. Ashfi bin Suhadak, Pn. Budiah Karmilie binti Che Kadir, En. Mohd Mohadir bin Harun, En. Saiful Azhar bin Mahat @ Kassim, Pn. Nurull Hayati binti Latiff, dan En. Fairul Nazrul bin Khairuddin.
Perbincangan ini dimulai dengan pernyataan hasrat kunjungan oleh ketua kunjungan dan disambut baik oleh Tuan Noor Azhar bin Hj. Mohamad, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Group CEO) Kemuda Holdings Sdn. Bhd. PSIS dan Kemuda Holdings Sdn. Bhd. turut berkongsi maklumat & kejayaan masing-masing, ke arah usahasama pada masa akan datang. Kunjungan ini diakhiri dengan lawatan ke ladang ternakan kambing, pusat penyembelihan & penyimpanan daging mentah, serta cawangan kedai operasi (Butcher Shop).
Kedua-dua pihak berbesar hati untuk menjalin hubungan ini dengan perkongsian kepakaran, perundingan latihan dan program-program yang akan dirancang bersama dari semasa ke semasa, dengan impian ia bermanfaat kepada kedua-dua pihak terutamanya memberi impak yang positif kepada generasi pelajar PSIS, terutamanya bagi pelajar Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal.
=====================
Facebook | Instagram | Youtube : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis
#2dekadmenggarapkecemerlangan
#PSISdesigningYourFuture
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech