KUNJUNGAN HASRAT KERJASAMA BERSAMA SUNGAI PANJANG AGRO TOURISM SDN. BHD.
- Details
- Hits: 319
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐒𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐀𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐓𝐎𝐔𝐑𝐈𝐒𝐌 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃.
Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) , Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) memulakan langkah awal hubungan dua hala dengan Sungai Panjang Agro Tourism Sdn. Bhd. (SPAT) dengan berkunjung ke Nazbell Cottage & Garden sebagai lokasi pertemuan pertama dengan pihak SPAT.
Delagasi politeknik diketuai oleh Dr. Mohd Kazar bin Razali (Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti), bersama-sama dengan En. Hashim bin A. Rahim @ Abd. Rahman; En. Ashfi bin Suhadak (Ketua Program Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal); Pn. Lidyawati binti Haris (Ketua Program Diploma Pengurusan Pelancongan); Pn. Budiah Karmilie binti Che Kadir (Pegawai CISEC JPH); Pn. Noorazyla binti Mohd Nasri (Pegawai CISEC JPH); En. Muzzafar bin Muhamed Sidin (Tenaga Pengajar Halal, JPH); Pn. Nurul Fariha binti Kamarul Rashid (Pegawai Komunikasi Korporat JPH).
Pengurus SPAT, En. Mohammad Fauzi bin Hamid menyambut baik kunjungan delagasi PSIS. Turut hadir bersama ialah Pn. Ummi Nabilah binti Shafry, Marketing Coordinator SPAT; En. Nazri, Pengurus Nazbell Cottage & Garden; dan En. Muhammad Alif Chin, pengurus Aisyah Delicious Kitchen.
SPAT terdiri daripada pelbagai komponen yang digerakkan dengan kerjasama daripada beberapa agensi kerajaan dan dan pengusaha produk tempatan bagi membangunkan ekonomi komuniti tempatan dengan menggunakan sumber sedia ada secara optimum melalui platform agropelancongan. Komponen dalam SPAT terdiri daripada penginapan (inap desa, homestay, hotel); makanan (restoran, gerai, kafeteria); pengangkutan (van, bot, tram); produk tempatan / IKS (kerepek, cenderamata, anyaman); aktiviti dan tarikan (memancing, ATV, kelip-kelip); dan agrotani (melon, jagung, timun).
Komponen-komponen ini merupakan bidang utama dalam Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, yang mana bersesuaian bagi kedua-dua program yang ditawarkan iaitu Diploma Pengurusan Pelancongan dan Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal. Sehubungan dengan itu, PSIS amat berbesar hati untuk menjalinkan hubungan kolaborasi dengan pihak SPAT dengan hasrat hubungan ini akan membuka peluang dalam perkongsian kepakaran, peralatan dan kemudahan fasiliti; membuka peluang kerjasama dalam perundingan latihan dan pensijilan yang berkaitan; bekerjasama dalam penyelidikan, penerbitan, inovasi dan pengkomersialan; dan melalui program-program kerjasama lain yang dipersetujui bersama ke arah manfaat bagi kedua-dua pihak.
=====================
Facebook | Instagram | Youtube : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis
#2dekadmenggarapkecemerlangan
#PSISdesigningYourFuture
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech