𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐃𝐕𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋𝐈 𝐓𝐓𝐏𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟑

Program anjuran bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri Selangor dan Kelab Gerakan Pengguna Siswa, Politeknik Sultan Idris Shah (GPS, PSIS) telah diadakan pada 26 Julai 2023 (Rabu) bertempat di Dewan Seri Sabak, PSIS bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari yang melibatkan lebih kurang 150 orang peserta warga PSIS. Program yang berbentuk ceramah dan perkongsian ini bertujuan untuk memberi penerangan dan penjelasan dengan lebih lanjut berkaitan fungsi dan peranan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Ceramah telah disampaikan oleh Pn. Nor Hafizah binti Hj. Haron, Setiausaha TTPM, Putrajaya. Hadir bersama Pn. Annisah binti Abd Aziz (Ketua Cawangan KPDN Kuala Selangor), Pn. Mastini binti Awang Besar (Ketua Seksyen TTPM Selangor), Tn. Muhammad Safarel bin Saad (Ketua Unit Konsumerisme, KPDN Selangor), Tn. Fazle (Ketua Unit Siasatan, KPDN Selangor). Program turut dihadiri oleh Pengarah PSIS, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PSIS, Penasihat GPS PSIS dan pensyarah MPU24011.

=====================

Facebook | Instagram | Youtube : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis

#gpspsis
#gpspsishebat
#KPDNSelangor
#2dekadmenggarapkecemerlangan
#PSISdesigningYourFuture
#psisdihati
#POLYCCPemacuNegaraMADANI
#MYPremierDigitalTech