𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐏𝐃𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐒𝐈𝐒

Telah berlangsung sesi pertemuan dan perbincangan ringkas di antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) yang telah diadakan pada 21 Julai 2023 (Jumaat) pada pukul 3.30 petang di Unit Pembangunan Usahawan, Politeknik Sultan Idris Shah.

Tujuan utama adalah untuk membincangkan program usahasama yang akan dilaksanakan dalam masa tempoh terdekat selain mempereratkan hubungan di antara dua agensi kerajaan di negeri Selangor.

Pertemuan ini dihadiri oleh Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan Penasihat GPS PSIS. Delegasi daripada KPDN Selangor diketuai oleh Pengarah KPDN Selangor, YBrs. Tuan Mohd Zuhairi Bin Mat Radey, Ketua Cawangan KPDN Kuala Selangor, Pn. Annisah Binti Abd Aziz dan Penolong Ketua Cawangan KPDN Kuala Selangor, En. Mohd Zaiful Bin Hassan.

Semoga perbincangan ini membuahkan hasil yang baik kepada semua pihak.

Psis Gerakan Pengguna Siswa
=====================

Facebook | Instagram | Youtube : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis

#gpspsis
#gpspsishebat
#KPDN
#KPDNSelangor
#2dekadmenggarapkecemerlangan
#PSISdesigningYourFuture
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech