WARGA POLYCC PERLU SENTIASA RESPONSIF DAN RELEVAN LAKSANA TUGAS
- Details
- Hits: 398
𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐂𝐂 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐒𝐄𝐍𝐓𝐈𝐀𝐒𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐊𝐀𝐏 𝐑𝐄𝐒𝐏𝐎𝐍𝐒𝐈𝐅 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐋𝐄𝐕𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀 𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒
SABAK BERNAM, 22 JUN 2023 – Kakitangan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) perlu sentiasa bersaing dengan segala bentuk perubahan agar kekal responsif dan releven dalam melaksanakan tugas demi mencapai misi dan visi yang disasarkan, kata Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), JPPKK , Ts. Haji Muhamad Rumzi bin Mamat.
Ujarnya, sikap reponsif dan relevan diterapkan bukan saja memberi harga terhadap diri sendiri, malah memberi impak baik kepada organisasi, rakyat dan negara secara keseluruhannya.
“Sejajar dengan kemajuan teknologi IR4.0, kita selaku penjawat awam tidak boleh kekal selesa pada sesuatu tahap pencapaian. Releven dalam melaksanakan tugas meningkatkan produktiviti kerja.
“Walau bagaimanapun, adalah penting bagi semua untuk terus memberi penekanan kepada “character building” dengan menambahkan ilmu pengetahuan, meningkatkan kemahiran, mengamalkan nilai-nilai murni serta mengutamakan aspek integriti yang tinggi dalam menjalankan tugas.
“Saya percaya warga JPPKK yang berdaya saing dan terbaik dalam apa juga khidmat yang diberikan," katanya berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Politeknik Sultan Idris Shah, hari ini.
Seramai 118 warga pegawai dan kakitangan daripada 14 institusi menerima sijil penghargaan dan insentif RM1000.
Turut hadir,Pengarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, merangkap Pengerusi POLYCC Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dr. Norhayati binti Zakaria, Pengarah Politeknk Sultan Idris Shah Mohammad Yusof bin Sulaiman serta Pengarah-Pengarah POLYCC Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Dalam usaha melaksanakan perubahan yang lebih dinamik dan progresif, Muhamad Rumzi berkata, warga POLYCC perlu terus memberi penekanan kepada pembentukan peribadi melalui peningkatan ilmu pengetahuan dan kemahiran.
Mengulas mengenai APC, Muhammad Rumzi berkata, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang diadakan pada setiap tahun ini bukan sahaja sebagai tanda penghargaan, tetapi ia dapat mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan pegawai dan kakitangan untuk menunjukkan kebolehan yang mereka ada. Selain itu, ia juga merupakan salah satu langkah dalam membentuk ekosistem pekerjaan yang cemerlang dan selaras dengan halatuju Kementerian Pendidikan Tinggi.
=====================
Facebook | Instagram | Youtube : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis
#2dekadmenggarapkecemerlangan
#PSISdesigningYourFuture
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech