𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐋𝐊𝐔𝐋𝐀𝐓𝐎𝐑 𝐒𝐀𝐈𝐍𝐓𝐈𝐅𝐈𝐊

Seramai 117 orang pelajar Sekolah Menengah sekitar Sabak Bernam telah menyertai Bengkel Penggunaan Kalkulator Saintifik anjuran Jabatan Matematik Sains dan Komputer (JMSK) Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) yang telah berlangsung di Dewan Seri Sabak,PSIS.

Bengkel telah dikendalikan oleh Dr. Muhammad Daniel Bin Derome, Pensyarah JMSK. Objektif utama program ini bagi Meningkatkan pengetahuan pelajar dalam penggunaan Kalkulator dan memupuk minat pelajar menggunakan kalkulator saintifik untuk menyemak jalan pengiraan dan mendapat jawapan akhir dengan cepat dan tepat serta meningkatkan sikap yang positif terhadap penggunaan kalkulator dalam pembelajaran.

Tahniah kepada semua peserta. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan sepenuhnya pada masa akan datang.

Sekian.

=====================

Facebook | Instagram | Youtube : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis

#2dekadmenggarapkecemerlangan
#PSISdesigningYourFuture
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech