𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐌𝐁𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐊𝐄 𝐏𝐒𝐈𝐒

Telah berlangsung lawatan penanda aras Unit Pengembaraan Pelancongan Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL). Delegasi KKKL seramai 9 orang diketuai oleh Puan Nur Azureen binti Jaafar, Timbalan Pengarah (Akademik) dan En. Mohamad Shabudin bin Mohamad Nor, Timbalan Pengarah (Pengurusan). Objektif lawatan ini adalah untuk melihat amalan baik Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) PSIS, Malaysian Qualifications Agency 4 (MQA 4) dan fasiliti.

Delegasi disambut oleh Ts. Zulkurnain bin Shahdan, Pengarah PSIS, En.Norman bin Zamri, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Dr. Mohd Kazar bin Razali, KetuaK Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, En Hashim bin A. Rahim, Penolong Ketua Jabatan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Puan Lidyawati binti Haris, Ketua Program Pelancongan serta kakitangan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti.

Diharapkan lawatan ini dapat memberi manfaat kepada kedua- dua institusi.

=====================

Facebook | Instagram | Youtube : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis

#PSISdesigningYourFuture
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech