𝐖𝐀𝐓𝐈𝐊𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 (𝐌𝐏𝐏) 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇

Telah berlangsung Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) di Bilik Seri Tanjung, PSIS.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada 30 orang pelajar yang telah menerima watikah pelantikan sebagai barisan Majlis Perwakilan Pelajar PSIS yang baharu. Penyampaian watikah pelantikan ini telah disempurnakan oleh Ts. Zulkurnain bin Shahadan, Pengarah PSIS.

Pada majlis yang sama, En Ilias bin Harun Habib Amad Patel telah dilantik sebagai Penasihat MPP, PSIS yang baharu.

Semoga barisan baharu MPP dapat menggalas tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan.

Hadir sama ke majlis tersebut, En. Norman bin Zamri, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Unit serta kakitangan Jabatan Pengurusan dan Pembangunan Pelajar (JPPPel),PSIS.


=====================

Facebook | Instagram | Youtube : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis

#PSISdesigningYourFuture
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech