𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓& 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍, 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐔𝐒𝐓𝐀𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐔𝐒𝐓𝐀𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐑𝐈 𝐑𝐎𝐙𝐀𝐋𝐈,𝐏𝐒𝐈𝐒

Lawatan dari Bahagian Khidmat Nasihat & Perundingan (BKNP), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ke Perpustakaan Tan Sri Rozali Ismail, Politeknik Sultan Idris Shah pada 27 Februari 2023 (Isnin).

Lawatan ini melibatkan 3 orang pegawai dari Perpustakaan Negara Malaysia iaitu Puan Maiyumi binti Ahmat, Penolong Pengarah Kanan,Puan Sayani binti Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan dan Puan Sanisah binti Baharudin, Pembantu Pustakawan. Delegasi PNM disambut oleh Timbalan Pengarah Akademik, Ts. Nizam bin Mohd Nasir dan Ketua Unit Perpustakaan, Puan Noor Azira binti Abdull Razak serta kakitangan Perpustakaan PSIS.

Pengurusan Politeknik Sultan Idris Shah mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan dan perkhidmatan rujukan maklumat yang dikongsi bersama dalam lawatan ini.

Semoga segala ilmu yang diberikan, dapat diaplikasikan bagi meningkatkan lagi kecemerlangan perkhidmatan perpustakaan kepada seluruh Warga PSIS.

=====================

Facebook | Instagram | Youtube : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis

#100HariKPPPKK
#PSISdesigningYourFuture
#psisdihati
#MYPremierDigitalTech