𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐍𝐒 𝐁𝐋𝐔𝐄𝐒𝐂𝐎𝐏𝐄 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃

Lawatan sambil belajar ke NS BlueScope Malaysia Sdn Bhd telah diadakan pada 14 Februari 2023. Lawatan ini telah disertai oleh 20 orang pensyarah yang terdiri daripada Pengarah, Timbalan Pengarah Akademik, Ketua Program dan pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam. Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pensyarah situasi sebenar berkenaan proses, kawalan kualiti dan amalan hijau untuk penghasilan bahan binaan keluli bersalut yang digunakan untuk menghasilkan komponen-komponen seperti keluli bentuk C dan sebagainya. Di samping itu, lawatan ini juga membuka ruang kepada PSIS untuk merapatkan hubungan dua hala dengan industri selaku institusi TVET.